skip to main |
skip to sidebar
10 Orang Yang Mayatnya TIDAK BUSUK & TIDAK REPUT...^^
Tazkirah Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT.
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan
TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw :
"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"
Maka jawabnya Rasulullah saw,
"Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil
membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD
tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah
debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu
KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui
titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang
melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan
hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah s.a.w bahawa
sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit
dalam tubuh asal diwaktu mati:
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10.Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda
Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada
di dalam kubur dibangkitkan maka Allah s.w.t memberi wahyu kepada
Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan
hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan
letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang
digoreng dan buah buahan syurga.
Maka Malaikat Ridhwan menyeru,
Wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu
mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat
Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman
yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di
bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu
kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt
di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."
"Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥
No comments:
Post a Comment