Copyright@Segala Yang Tercatat Dibawah Semuanya Hak Milik Nurul Husnina Mohd Ali
CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 27, 2014

.. Derma Darah ...

Assalamualaikum... Hari ini dekat Politeknik aku ada Derma Darah ..  Aku derma darah untuk kali yang ketiga.. Aku sangat teruja sebab dah lama tak derma darah..
Yang tolong aku pun Nurse yang bekerja di Hospital Fatimah , Ipoh. Lepas tu, ada seorang lelaki ini, dia pun tolong masa derma darah tu, handsome dan comel sangat.. Kawan akulah yang untung sebab lelaki tu tolong dia.. Sebab semua nurse tengah sibuk.. Jealous juga ni..

Aku okey je masa derma darah, tak rasa pening pun sebab dah biasa derma darah, lagipun ini bukan kali pertama tapi yang ketiga.. Tapi bila dah selesai proses derma darah tu, aku pun rehat jap sebelum pergi ke kelas.. Tapi masa dah get ready nak ke kelas, bila aku tengah betulkan lengan baju, aku rasa basah dan sejuk.. Tapi bila aku tengok lengan baju,banyak darah.. Bila tengok balik tempat cucuk tu, penuh dengan darah , banyak kuar daraah.. Pergi kat nurse, dan nurse pun letak kain supaya darah tak kuar, nurse tu lap lengan aku yang penuh dengan darah.. Baik sangat nurse tu.. Lepas tu, abang tu pun tanya aku "okay ke ni", aku pun jawablah "saya ok" .. Nurse tu letak plaster baru... Bila dah selesai semua, terus aku kuar untuk ke kelas.. Masa dalam kelas, puan macam nak marah je bila kami masuk lambat.. Kami pun bagitahulah sebabnya.. Lepas tu, aku tunjuklah baju aku yeng penuh dengan darah.. Tak sangka pensyarah aku takut derma darah.. hehehe...

Apa-apa pun , semuanya ok.. :)

#Sekian, tu saja dari saya.. Terima kasih membaca entry saya.. Kamsahamnida.. :)

Waasalam... :)
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Wednesday, February 26, 2014

... Selamat Bertunang ...

Assalamualaikum.. Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana saya masih bernafas hingga ke hari ni.. Ahad 23 February 2014 baru-baru ni, selamat sudah majlis pertunangan kakak ketiga aku,semuanya berjalan dengan lancarnya.. Cuma ada sedikit masalah saja iaitu pihak lelaki datang lewat , tidak seperti yang dijanjikan .. Tetapi bagus juga sebab mereka datang lambat sebab makanan masih tak siap masak lagi.. Sebabnya ayah aku masak sorang-sorang, kami ada juga membantu.. Bantu kupas-kupas bawang, hiris2 dan buat apa yang patut, cuma yang masak adalah ayah aku...Yang tak bestnya, saudara ada yang datang awal tapi langsung tak membantu ayah aku memasak.. Itu yang membuatkan aku bengang sangat-sangat...

Sebenarnya, masa tu banyak kerja yang boleh dibuat tapi mereka duduk-duduk je, bukannya nak tolong kami yang tengah banyak kerja, kehulur kehilir untuk nak buat persiapan.. Mak cik aku ni kiranya kakak mak aku..  Aku betul-betul tak puas hati... Langsung tak tolong buat kerja, bersembang pula masa kami tengah sibuk buat kerja.. Yang bantu kami pun, jiran sebelah rumah dan mak ngah aku.. Yang mak cik aku ni bising-bising sebab pihak lelaki dah janji nak datang pukul 11 tapi ada sikit kelewatan tapi seperti yang aku cakap la tadi, baguslah diaorang datang lambat sebab banyak lagi yang tak siap.. Mak cik aku tanya , "mana diaorang ni tak sampai-sampai lagi?" , yang ni pun kakak  kedua aku yang tanyakan kepada kakak ketiga aku ni... kakak aku ketiga ni pun jawablah , " SABARLAH, MEREKA ON THE WAY", tapi kakak aku ni cakap dengan nada marahlah.. Kakak kedua aku pun, ulang balik dengan nada yang sama pada mak cik aku.. Memamg terbaiklah sebab kakak-kakak aku pun menyampah sangat dengan keluarga mak cik aku ni....

Lepas itu, mak cik aku cakap yang dia nak balik.. Dalam hati aku berkata "kalau nak balik, balik je lah.. "..hehehe.. jahatkan aku.. huhuhu.. Aku jadi macam ni pun sebab mereka tak tolong langsung... menyakitkan hati je.. Lepas itu, tepat pukul 12 , dah mula bacaan doa dari ayah aku, dan beberapa minit lepas selesai bacaan doa, maka tibalah pihak lelaki dengan rombongannya... Selepas selesai majlis itu, mulalah sesi sarungkan cincin dan bergambar.. Tapi yang paling memalukan, perghh bilik bersepah siot.. hahaha... Sarungkan cincin sepatutnya kat ruang tamu, tapi ayah suruh dalam bilik je..

Lepas itu, ada sepupu aku tu, punyalah slumber.. Keluarga pihak lelaki masih ada dalam rumah, yang sedara aku ni pula dengan slumbernya pergi ambil makanan bawa masuk rumah.. Yang rombongan lelaki tu tak makan lagi, sedara aku yang makan dulu...Betul-betul memalukan.. Sebenarnya yang mak cik aku tu dengan anak, menantu dan cucu dia yang dah besar panjang tu bukannya nak tolong, duduk kat ruang tamu je.. Anak dia yang lelaki tu, duduk kat ruang tamu je, langsung tak tolong ayah aku yang tengah masak sebelum start majlis.. Makan punyalah laju tapi buat kerja tak nak !!!...   Anak dia yang laki tu ada usik kami punya aroma terapi " LAMPE BERGE".. Yang ini kakak kedua aku yang bawa bali untuk mak aku tapi sedara aku yang taj tahu malu ni bertanya pada kakak aku macam mana nak guna, nampak sangat yang dia nak benda tu... Ambil dua pula tu, nak tak nak terpaksa juga kakak aku bagi diaorang.... Dahlah langsung tak buat kerja, duduk kat ruang tamu tu je...

Setelah selesai semuanya, kami pun buka segala hantaran yang pihak lelaki tu bagi.. perghhh memang terbaiklah.. Sedap pula tu.. Tapi ada juga yang aku tak dapat nak merasa,.. Yang paling menyedihkan, mak aku pun tak merasa apa-apa... Tapi kenapa sedara aku pula yang over nak makan semua hantaran yang pihak lelaki tu bagi... ishhh... menyampah.. Kata nak balik sangat, tapi kenapa masih ada kat rumah hingga kami buka hantaran yang pihak lelaki tu bagi... Mereka yang banyak makan..
Betul-betul tak suka dengan kakak mak aku tu.. ishhh... Next time kalau majlis tunang, nikah atau apa jua majlis yang kecil-kecilan tu, tak payah jemput sedara-mara, ajak jiran-jiran yang terdekat je.. Masa kahwin tu, baru jemput sedara, nak datang ke tak nak datang ke , tu kau punya pasal.. Ada aku kisah.. Masa kenduri rumah korang, mak ayah aku yang bertungkus lumus buat kerja tau.. tapi korang datang pun , tapi langsung  tak membantu... huh!!!

Lepas tu, kelam kabut semua balik... Mesti sebab tak nak mengemas rumah.. Bengang betul aku... Adoyai.. kalau diingatkan balik, betul-betul sakit hati..
Hari pun dah lewat malam.. Tapi sebelum nak tidur, aku nak ucapkan SELAMAT BERTUNANG kepada yang dah bertunang.. Harap hubungan dengan pasangan hingga keakhir hayat.. InsyaALLAH .. aminn.. :) Special for my elder sister.. Congratulations.. 


*Setiap Manusia Berperangai yang brbeza, kadang-kadang ia menyenangkan dan kadang-kadang ia menyusahkan..
*Allah tu ada untuk membantu, apa-apa pun, semuanya berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah...

 Sampai disini sahaja coretan hari ni.. InsyaAllah , kita pasti akan berjumpa di hari lain... SElamat Malam.. Assalamulaikum..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Wednesday, February 19, 2014

... Ringkasan Biografi Habib Syekh Bin Abdul Qadir Asseggaf ...

Nama Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf sebagai pendakwah, boleh jadi belum dikenal secara  meluas di kalangan masyarakat. Namun di kalangan jamaah majlis shalawat atau kegiatan Maulidan, Beliau cukup dikenali. Terutama kerana ketokohan beliau dikurnikan oleh ALLAH dengan memiliki suara yang sangat merdu.
Selain itu beliau juga mencipta sendiri lagu qashidah yang nada dan iramanya dapat diterima telinga masyarakat, baik masyarakat yang akrab dengan kegiatan majlis shalawat mahupun masyarakat awam.
Dengan suara yang merdu ini, Habib Syech berhasil memikat kalangan muda sehingga mereka menyukai qashidah dengan syair-syair yang seluruhnya bersumber dari kitab Simthud Durar. Ribuan bahkan jutaan belia turut bergabung dalam acara-acara selawat yang dianjurkan.
Sebenarnya syair-syair qashidah yang dibawakan beliau bukanlah syair puji-pujian yang baru, namun Habib Syekh berhasil membentuk dan mengemas kini irama pembacaan maulid Tradisional menjadi lebih indah dan menggoda telinga yang mendengarnya.
Selain itu, Habib Syekh bin Abdul qadir Asseggaf ini juga suka berkongsi dan memberi, meskipun beliau sendiri kadangkala dalam kekurangan. Bahkan ketika awal pembabitan  dakwahnya ke pelosok-pelosok Indonesia, beliau membawa nasi bungkus, untuk dibahagikan kepada para jamaah.


Dengan Kereta Angin,
Perjalanan hidup Habib kelahiran Solo, 20 September 1961, ini cukup berliku. Beliau pernah berjawa sebagai seorang usahawan tapi kemudian muflis. Di saat sulit itu, Habib Syekh melakukan dakwah menggunakan kereta angin ke pelosok-pelosok untuk melaksanakan tugas dari sang guru, almarhum Habib Anis bin Alwi Alhabsyi, imam masjid Riyadh Gurawan Solo.
Pada saat itu Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf juga sering diejek sebagai orang yang tidak punya pekerjaan dan habib jadi-jadian. Namun Habib Syekh tidak pernah marah atau mendendam kepada orang yang mengejeknya. Justeru sebaliknya, beliau tetap tersenyum dan memberi sesuatu kepada orang tersebut.
Terkadang Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf secara istiqamah memberikan ta’lim di sebuah daerag bernama Kebagusan, sedangkan dakwah rutinnya di kota Solo dan kota kota di Jawa Tengah.
Sumber: Majalah Kisah Islam Al-Kisah No.18/25 Ogos - 7 September 2008
WALLAHU'alam   ^_^
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Monday, February 17, 2014

... Tahun Baru 2014 ...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca blog saya, tu pun kalau ada la... :) Apa khabar ?? Harap semuanya sihat sejahtera..
Dah lama juga saya tak update blog ni, baru hari ni saya update ...

Alhamdulillah, berjumpa lagi kita Pada Tahun 2014 ni.. Apa azam anda tahun ni??
Mesti ada azam tahun lepas tak tercapai lagikan. Jadi, bawa azam tahun lepas ke tahun ni la kan. hehehe.. Azam saya tahun-tahun sebelum ni, satu pun tak tercapai. Tak pasti sama ada tercapai atau tak azam tu tahun ni. Walau apa pun, saya harap azam awak semua, ibu bapa saya dan juga azam saya  akan tercapai, cuma cepat atau lambat je.. :) Kita kenalah bersabar sikit.. :)

Semoga tahun ni merupakan tahun yang bawa tuah kepada semua dan jadikan tahun lepas sebagai pengajaran dan tauladan.. Semoga kita semua berjaya sama ada didunia dan juga diakhirat.. Sama-sama kita usaha sehingga berjaya...
InsyaAllah Amin :)

                                          ~ UKHWAH FILLAH ~




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥