Copyright@Segala Yang Tercatat Dibawah Semuanya Hak Milik Nurul Husnina Mohd Ali
CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 30, 2012

... Happening ...

Assalamualaikum.. hari ini aku nak story pasal aku dengan kengkawan aku buat shooting video clip...
perghhh best.. kami buat dekat Taman Jepun kat ipoh ni ha... best sesangat.... memang happening gler la... seronok-seronok pun tapi penat juga.. huhuhuhu memang letih la... ni ada gambar dekat taman jepun tu..

keindahan alam semula jadi ciptaan ALLAH S.W.T..


cantikkan....  disinilah kami buat shooting video clip....
ni je la ye gambar yang ku tunjukkan pada kalian...

#seronok bangat hari ini... hehehe.. first time kuar dengan intan.. memaang terbaik la dok...
dan shikin pun ada sama... btw, group kami, semua ada la.... lengkap gler............#

p/s: ku harap persahabatan ini biarlah kekal hingga jannah,insyaallah... kita boleh merancang tapi ALLAH yang menentukan segalanya.... wassalam..:)
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

JARAK ITU MENJAGA AKU DAN DIA.. (wajib baca) =')

Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.

Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]
Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku
Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir 5 tahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata.
Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.

Saat aku dan dia menjauh
Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.
Oleh itu, aku megerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.

Jarak ini menjaga aku dan dia
Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.
Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.
"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd 13:28 )

Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia..amin ya rabbal al-amin...

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Sunday, March 25, 2012

... Khas UntukMu dari Ku ...

Assalamualaikum.. sebelum tidur ini aku nak sharekan satu video yang aku buat khas untuk si dia...
aku harap hubungan dengan aku dengan si dia kekal hingga ke jannah dan aku mohon kepada ALLAH berikan kami kebahagiaan hingga nafas terakhirku... harap kepada pembaca blog ku ini berdoa segala kebahagiaan kami ye... terima kasih :)


video ini khas dari aku kepada si dia... aku harap ia kekal abadi hingga jannah... dan aku harap kami dapat mengharungi liku-liku kehidupan bersama selepas ini.. insyaallah... amin ya rabbal alamin....
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Saturday, March 24, 2012

... Istikharah Cinta ...

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a


Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman


Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata


Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu


diistikharah cinta.. 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Friday, March 23, 2012

... kesian dijah ...

Assalamualaikum.. hari ini nak cerita pasal kawan aku yang bernama Siti Khadijah.. kenapa aku nak cerita pasal dia???sebab kawan aku ni memang dari golongan kumpulan kami iaitu kumpulan DIVA.hahhahaha budak laki dalam kelas yang bagi gelaran ini.. perghhh thanks sebab tu la kumpulan ini kekal..hehehe ok-ok.. cerita ini bermula masa kami pergi library untuk buat kerja... dan print cover page untuk subjek OS(Fundamentals of operating system)... lepas itu,aku hubungi kawan(nina dan mida) tanya diaorang dekat mana???? diaorang bagitau kat JTMK(Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi),diaorang suruh aku dengan dijah pergi sana,...

Apabila kami sudah pergi dan kami pastikan tak ada barang yang tak tertinggal.. bila dah sampai ke destinasi yang dituju,last-last tengok khadijah macam dah gelabah.. rupa-rupanya hp dengan dompet tertinggal kat library.. dua kali dia ulang-alik dari library ke JTMK.. kesian dia.. tapi tak jumpa pun barang dia tu... kelam kabut dia kata nak balik..

Bila dia dah balik,aku tergerak hati macam nak tolong carikan,aku pun round-round la kat kawasan yang kami lalu tadi sebelum sampai ke JTMK.. tak jumpa pun.. aku try call hp dia banyak kali,berharap sangat ada orang angkat hp tu... bila dah banyak kali call,akhirnya panggilan dijawab oleh kerani library itu.. so, kakak tu tanya,ni aku punya ke?? aku jawabla tak,aku bagitau ni kawan saya punya,tuan punya barang ni dah balik...bila dah dapat aku ucapkan la terima kasih... ada orang yang jumpa... ada juga orang yang baik.... alhamdulillah...

Cepat-cepat keluar dari library dan terus kejar dijah... bila dah nak sampai kat rumah dijah,nampak dijah masih berjalan sambil menangis..huhuhuu kesian dia :(
aku pun cakap la kat dia " selamat ada orang yang baik bagi barang kau ini kat kerani library, kalau orang tu jahat,confirm lesap kau punya hp dengan dompet ini"... bila tengok je muka dijah,perghhhh merah muka ala ala badut..hahhaha :D kesian dia.. lain kali jangan lalai... yang lain pun kena jadikan ini sebagai peringatan.. jangan sampai tertinggal barang anda.... ingat tau!!!!

p/s: Jadikan cerita ini sebagai pengajaran, jangan cuai lagi ye dijah... nurul tolong dengan hati yang tebuka... nurul tolong selagi nurul masih bernyawa.. nurul akan bantu selagi nurul masih mampu menolong dijah.. tapi bukan untuk dijah,tapi untuk kawan yang lain-lain juga...
Akhir kata,jangan lupa jasaku,jasaku mesti dikenang tau.hehhe :D nanti dijah belanja air kat kantin poli ye..:) sayang dijah <3

                                                                    ~THE END~
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Wednesday, March 21, 2012

... Hadiah ...

Assalamualaikum... aku nak cerita lagi satu story sebelum tido ini.. walaupun masih awal tapi mata dah ngantuk sangat-sangat ini.. mungkin penat sangat kot hari ni, tu yang ngantuk semacam je..:) hari ini kan aku dapat satu bungkus hadiah pos laju... heheehehe

inilah bungkusan yang aku dapat.hehehehhe :) bila dapat je bungkusan ini,tertanya-tanya la juga.. asal kemek ni. rupa-rupanya,dia tak pandai balut.. kesiannya dear.hehehhe :)
nanti sayang ajar k..hahahahha :)

yeke untuk orang je,.. thanks ye.. menyusahkan mak cik je.. orang akan simpan barang tu semua,,, tapi insyaallah, pasti sayang akan gunakannya... thanks ye kat mak cik dear.... :)

huhhuhhu.. hati dah berdebar-debar nak tau, apa yang dalam bungkusan.. so, terjadilah macam ni,... koyak pembalutnya...:) hehhe dan saya pun tgk la hadiah yang diberi dari mak cik pakwe saya..:) heheheh

inilah hadiah yang diberi.. tapi dalamnya rahsia... btw, hadia ni mak cik dia beli dekat mekah.. mak cik buat umrah.. alhamdulillah rezeki.... jadi saya sukakannya... saya akan simpan hadiah tu,jadikan kenangan hingga jannah ye.... segala pemberian tu ,saya ucapkan terima kasih... maaf menyusahkan mak cik je..:) terima kasih mak cik... tak tau macam mana nak membalasnya...:) 

p/s: sangat sukakannya... bila nampak inai mekah tu,perghhhh tak sabar nak pakai.. emmmm tapi nak pakai time bila ni... sekarang ni tak boleh,kalau pakai kang kena saman pula... tunggu la cuti sem 2 bulan nanti @ pakai time nikah..hahahah ada hati nak kahwin... pakwe tak ada job lagi.. sabar-sabar.. insyaallah.. kalau dah jodoh takkan kemana... :)
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

... Hari Yang Menyedihkan ...

Assalamulaikum... hari ini aku nak story pasal kejadian yang aku sendiri tak menduga akan terjadi iaitu sebab kawan akuyang bernama izzaty sebab beg dia kena curi dekat kampus b di politeknik ungku omar didepan dewan srikinta.. dia dengan intan time tu ada program kat kampus b... dia letak beg kat depan dewan.. entah sapalah yang curi beg dia tu... dah la dalam beg tu kad bank,ic,lesen,kunci motor dan henset dia juga..bila call henset dia je,ada je yang off hp dia.....apa yang kau dapat ha dari hasil barang yang kau curi tu,kau hanya dapat dosa je tau tak...kau tak fikir ke kau menyusahkan dia,macam-macam dia kena buat.. dah la dia tak ingat nombor keluarga dia... apa yang kau tak puas hati sangat ha... yang kau nak ambil barang orang ni pasal apa??? kalau tak puas hati,jumpa face to face la b***h.. tak ada akal ke ha.. ALLAH dah bagi otak tapi tak ada akal... kau ingat senang ke nak uruskan semua tu.. nak kena wat ic bari,lesen baru,kad baru.. apasal la kau dilahirkan didunia ni.. apa la perjanjian kau dengan ALLAH sebelum kau lahir ni... kau ni munafik tau tak... janji yang kau buat dengan ALLAH,kau mungkiri...
apa jua yang ko buat kat dunia ni tak semestinya kau selamat
apa jua perbuatan kau,pasti akan dibalas juga nanti,
bukannya dekat dunia serta diakhirat juga kau akan dapat pembalasannya...
apa yang kau dapat dari curi barang orang... hidup kau takkan aman dan takkan tenang
hidup kau akan susah juga nanti.. aku yakin macam mana kau buat kat kawan aku,macam tu juga kau akan dapat...
ALLAH maha melihat dan ALLAH maha mengetahui.... segala perbuatan kau telah tercatit... wahai hamba ALLAH,ingatlah.. hidup kau takkan selamat..
kerana kau hidup kau aku sekarang resah gelisah...persediaan baca yassin beramai-ramai akan dilakukan......
#jangan curi barang orang#
p/s: Jangan ambil barang yang bukan hak kita.. ingat!!!!!!! Awak nampak segala perbuatan kita ini.. segala perbuatan kau akan dapat balasannya.. bukan dekat dunia je,diakhirat pun kau akan dapat balasannya juga... semuanya terserah kepada ALLAH S.W.T... segala ketentuannya pasti ada hikmahnya... kau tunggulah wahai manusia yang tak berperikemanusiaan, kau pasti akan dapat akibatnya..... hidup kau juga akan sama seperti kawan ku.. tunggu dan lihat...


To IZZATY: kawan ku,aku harap kau tabah mengharungi semua ni,mungkin semua ni ada hikmahnya.. mungkin ini dah tertulis sejak azali... ini adalah takdir.. aku harap kau kuat menghadapi ujian ini.. kau jangan risau.. kami semua pasti sentiasa disisi kau ketika susah dan senang,... kita berdoa sama-sama agar orang yang buat jahat kat kau tu akan ditemui... insyaallah.. aminnnn
 
Kenangan bersama dengan izzaty.. dekat jusco...keluar jalan-jalan.hehhehe 
 seronok tau time ni..:)


  nak juga berposing diaorang ni.. kat tempat ambik gambar kat jusco,tempat game yang dekat dengan beli pop corn... huhuhuhu.... nanti kita main lagi ye.. insyaallah ye... harap izzaty bersabar ye.. sayang zety..:)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

... Rindunya ...

Assalamualaikum... hari ini aku nak story pasal Dear... Lepas isyak sampai sekarang still skype lagi..huhuhu...nak buat macam mana ni kan namanya dugaan... nak tak nak kita harus redha dengan ketentuan ilahi... banyak-banyakkanlah berdoa agar hubungan kita ini kekal hingga jannah dengan hasil ikatan yang sah bukannya pasangan kekasih yang bukan muhrim.. aku tak mahu kita terperangkap dengan perkara yang mungkar,harap kita dapat jauhinya dan dapat mengawal perasaan yang tengah bergelora... jangan sampai kita tergoda dengan hasutan-hasutan syaitan... ingat tu... ingat segala pesan ku.. jauhi daripada semua perkara yang boleh merosakkan akidah kita sebagai orang islam... akhir kata,jangan mudah terpedaya dan mestilah berhati-hati,tak kisah apa-apa pun asalkan kita mestila still berhati-hati daripada perkara yang tidak diingini berlaku.. sama-samalh kita berdoa agar kita sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh ALLAH S.W.T.. Mohon la kepada ALLAH supaya permudahkan segala urusan kita dan harap apa yang kita hadapi,kita dapat mengharunginya dengan seikhlas hati.... INSYAALLAH.... aminnn.... wassalam...
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Tuesday, March 13, 2012

... Derma Darah ...

Assalamualaikum kepada yang membaca segala cerita di blog aku ni.... hari ni aku nak share satu cerita kat korang semua..... Ini merupakan satu pengalaman baru dan satu kerja murni yang aku buat untuk semua masyarakat iaitu aku telah menderma darah aku 450ml.. dekat poli aku,Politeknik Ungku Omar dekat Dewan Jubli..hehhehe Inilah saat yang aku nantikan sebenarnya... aku dah lama sangat nak derma darah sebab asyik tak cukup umur je.. tapi hari ini aku telah menderma darah... macam tak percayakan,tapi ini lah kebenarannya..hehehe.. seronok sangat-sangat......inilah keadaan ketika didalam dewan.....
gambar ni time nak check darah jenis apa...jenis darah aku O....:) time ni biasa-biasa je,tak sakit pun.. macam kena gigit semut rasanya... best tau....hehehe

gambar ni lak time ambil kehadiran dengan tiba masanya nak pergi menderma ..huhuu... gementar pun ada tapi relax je.. cool :) tapi sempat lagi la bergambar..hehehehe

 sebenarnya time menderma ni,aku dengan kawan aku.. tapi dia jauh dari aku,..huhu.. ingatkan nak suruh kawan aku ambilkan gambar.. last-last dengan keberanian aku ni,aku panggil la nurse yang bernama Adibah.. memang baik la nurse-nurse tadi... tabik spring la.....hehehe thanks sebab layan saya yang bermasalah tadi dan menyusahkan nurse-nurse sekalian..huhuhuhu :)

huhuu... besarnya tangan saya.... delete-delete.heheheh inilah saat-saat yang ditunggu-tunggu... tak sakit pun.... tapi rasa kebas je.. tapi seriously ni memang kali pertama saya jadi penderma... saya seronok sangat kerana dapat membantu pada sesiapa yang memerlukannya... :)

darah aku... banyakkan satu bag.. huhuhu.. pekat pula tu warnanya..:) aku ikhlas memberinya... aku tak kisah pun.... aku suka sebab dapat membantu... lagipun aku buat ini pun sebab naluri hatiku ini kuat sangat mengatakan aku nak ,aku nak ,aku nak..:) aku buat kerja murni ini untuk semua masyarakat.. jadi aku redha dan ikhlas sesangat... terimalah darah aku ni dengan hati yang terbuka..:)
hehehehe..


kepada pelajar yang menderma darah je yang dapat ini.. inilah sijil untuk sesiapa yang menderma darah.....rasa bangga sangat sebab dapat derma darah.hehehe ... suka sangat-sangat.. inilah kali pertama aku derma darah.. satu pengalaman yang takkan aku lupakan sampai bila-bila...satu perkara yang menarik...:) anda akan terasa yang anda telah berbakti untuk masyarakat tau..:)

#memang rugila siapa yang tak menderma darah... serius memang rugi... time kita sihatlah,kita patut buat kerja murni ni... target untuk siapa yang menderma untuk hari ini agaknya mencecah tak 1000 orang... time aku pun dah 300 orang, pukul 11.45 a.m.. apa-apa pun thanks sesangat pada nurse yang bantu aku masa aku pening dan aku macam nak muntah je masa tu... thanks sebab caring giler..:)

p/s: budak lelaki kelas aku pengecut... tak derma darah pun... tak sangka ampa ni pengecut sesangat... rugi la kome, kawan-kawan aku pun rugi sangat-sangat sebab siapa yang menderma hari ini dapat 30 markah demerit.. perghhh free-free je dapat markah tau...... dah la dapat makanan percuma,lepas tu dapat pengecualian kelas pula tu tapi terpaksa g juga... sebab ada ceramah wajib kan..huhuhu... tapi hari ini akan ku jadikan kenangan yang terindah dalam hidupku.... rasa bangga sangat2 ni... :)
ok la..tu saja la cerita untuk hari ini... thanks pada sesapa yang membaca blog aku ni.. akhir kata wassalam.. :)
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Monday, March 12, 2012

... Sesiapa Yang Belum Kahwin ...

Sesapa yang belum kahwin lagi

1. Kursus kahwin
firstly, dah tentu la korg kena gi kursus kahwin baru leh nikah kan. oh aku cakap nikah sbb org biasa cakap kawin hari2 pun boleh, nikah bagi perempuan sekali je. soooo kepala otak x betul. aku malas nak layan org2 yg suka cakap kotor camni. eh2 tetiba emo lak. hehehehe

2. Borang nikah
nak nikah, kena la amik borg nikah. gi amik kat pejabat agama yg terdekat dgn rumah korg. kalau dah alang2 nak amik borg tu, tolong la belikan utk pihak lelaki skali. rm5 bagi setiap borg lelaki n perempuan. kalau korg nak kawin dgn org yg luar daerah atau lain negeri, ada borg lagi yg korg kena isi. aku xtau la apa kan sbb aku dgn org dekat2 je. hehehehe

3. HIV test
pastu korg kena gi amik HIV test lak. kat borg nikah yg aku beli kat pejabat agama johor bahru, ada senarai klinik yg boleh kita pergi. klinik kerajaan sahaja yg di benarkan. klinik swasta xleh. aku gi klinik yg bukan dlm senrai tu, kena rm25 tau! kalau gi ikut senarai tu, kena rm1 je tau. rugi rugi....owh tapi....ceh ada tapi lak. senarai klinik2 tu ada hari2 tertentu nye yg korg leh buat test. bukan hari2 leh pegi k. macam Klinik pesakit luar HSA, cuma buka waktu petang je. so bagi korg yg nak cepat tu, rm25 tu xla seberapa kan. ceh, ayat nak sedapkan hati.

4. Surat akuan bujang
surat ni korg leh minta majikan korg tuliskan pastu die sain bagi kat korg. bila dah siap, jgn lupa buat lagi satu salinan (fotostat ler). =)

5. Saksi Borang
aku xtau la kenapa ada macam2 versi yg aku dengar. ada yg cakap saksi borang kena dtg masa nikah la n so on. so aku nak clearkan yg saksi borg n saksi nikah boleh jadi org yg sama @ org yg berlainan. kalau saksi borg xnak jadi saksi nikah pun xpe. yg penting masa nikah MESTI ada saksi ok. oh, saksi nikah n saksi borg mesti ada dua org. jangan lupa fotostat ic kedua2 saksi borang. saksi mesti la lelaki bukan ahli keluarga. pakcik2 boleh kot. cuba tanya kat pejabat agama k.

6. Wali
ni khusus untuk perempuan la. kena pastikan wali ada masa nikah. kena fotostat ic wali n wali mesti sain kat borang nikah. senarai wali2 yg boleh wali kan korg kena ikut urutan syara' la. mula2 bapa then datuk n so on.

7. Surat nikah ibu bapa
in khusus pada perempuan anak sulung. pejabat agama nak pastikan kedudukan perempuan tu. kalau perempuan tu di ketahui adalah anak luar nikah, bapa die xleh jadi wali la. kena pakai wali hakim.

8. Hantar Borang yay!
bila dah siap, apa lagi hantar la. owh sebelum hantar tu, sila pastikan yg korg dah bersedia ye. yela, mana tahu tetiba kena soal dgn org pejabat agama tu kan. kena la bagi jawapan yg bagus. nak nikah, mesti bab agama dah pas kan. lain la cam aku, x kena soal langsung. kira nasib la ni. heheheh

9. Jumpa kadi
step yg paling penting. jumpa kadi kawasan korang. senarai nama2 kadi tertera kat notice board pejabat agama. x pun, korg leh tanya dgn pegawai agama masa hantar borg tu. aku diorg siap bagi no hp kadi tau. jumpa kadi biarla awal. sebab korg nak kena tau gak bila kadi free. ingat korg je ke yg nak nikah? bila dah jumpa tu, korg leh la tetapkan tarikh n masa yg sesuai untuk korg nikah. borg nikah pun kena bagi skali tau. ala biasa org pej. agama mesti bagitau korg cara2 nye.

10. Bersedia
eh dah sampai step 10 dah? ha, sekrang korg dah boleh nikah la. sediakan apa2 yg patut k. mental, fizikal semua kena ok. oh ye, bagi yg lelaki kena sediakan rm100 untuk upah kadi n rm10 bagi setiap saksi. letak dlm sampul ye. bagi lepas nikah.

Kesimpulannye, sediakan :,
1. fotostat ic korg n pasangan
2. borg yg dah siap di isi(borang 1 &2)
3. fotostat ic wali (bagi perempuan)
4. fotostat ic saksi borg (laki n perempuan)
5. sijil kursus pra perkahwinan n salinan (laki n perempuan)
6. keputusan HIV test (laki n perempuan)
7. surat akuan bujang n salinan (laki n perempuan)
8. surat nikah ibu bapa n salinan (bagi perempuan sulung)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Sunday, March 11, 2012

... Cinta ...

Aku memang tidak pandai merangkai kata romantis selalu untuk mu, namun aku tahu bagaimana menjaga kedudukanmu. Kau bukan berada di atas kepala hingga selalu perlu disanjung puja, bukan pula berada di bawah kaki untuk dipijak dan dihina. Kau adalah tulang rusuk kiriku, dekat dihatiku untuk selalu ku cinta. Aku tidak berani berjanji untuk mencintaimu sepenuhnya, namun aku berani berjanji untuk selalu belajar mencintaimu sepenuhnya. Cinta sejati yang membuat kita semakin mencintai-Nya.Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

... Wanita Solehah Kekasih Allah ...

♥ Pabila dua insan menyintai Tuhan yang SATU,
Maka mudahlah bagi mereka untuk berSATU ♥


Alangkah indah jika cinta yang disemai atas kerana-Nya..
Tingkah laku cinta juga atas dasar batas-batas agama-Nya..
Bertemu cinta dalam usrah dan halaqah..
Untuk sama-sama menyebarkan dakwah di jalan fisabilillah..

Moga-moga, kita bertemu jodoh di atas jalan dakwah.. ^^

Percayalah..
Cinta Itu Indah..
Bila Berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnah..
Bila Tujuannya Kerana Allah..
Bila Matlamatnya Syurga Yang Barakah.. ^^,

Janji Allah terakam di Surah Al-Nur, ayat 26 ;

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”


"Menurut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, kecintaan seseorang yang hakiki kepada insan lain kerana Allah bukanlah bermaksud mencintai insan itu kerana dzatnya (sifatnya), sebaliknya adalah kerana insan itu dapat mendekatkan diri sendiri dengan akhirat."


kite boleh bercinta dgn wanita itu jika kite nak kawin dgn dia... luah perasaan pada wanita itu... tp bercinta biar ada batas pergaulan... kite agama ISLAM kan...

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

... Sibuk mencari ...

Jika mereka sibuk mencari CINTA, biarlah kita sibuk mencari IMAN.•.♥•
Jika mereka sibuk mencari PASANGAN, biarlah kita sibuk mencari KEREDHAAN.•.♥•
Jika mereka menangis kerana KECEWA BERCINTA biarlah kita menangis mengenang DOSA_DOSA semalam.•.♥•
Jika mereka lebih cintakan MANUSIA, biarlah kita cintakan ALLAH.•.♥•
Jika mereka dambakan DUNIA biarlah kita dambakan AKHIRAT.•.♥•
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

10 Orang Yang Mayatnya TIDAK BUSUK & TIDAK REPUT...^^

Tazkirah Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT. Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :
"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"
Maka jawabnya Rasulullah saw,
"Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah s.a.w bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10.Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah s.w.t memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru,
Wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

"Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Monday, March 5, 2012

... Best ...

Assalamualaikum.. hari ni aku nak story pasal today la.hehhe.. btw, ari ni kan kelas banyak xde.. xbnyk pun cuma 2 subjek je pun.heheheh.. pensyarah g khusus.. alhamdulillah... rezeki kelas xde..hehehhe kita patut bersyukur kan.... lepas je habis kelas pukul 3 lebih tadi,aku dengan kawan2 aku iaitu mida, izzaty dgn nina terus g jusco,pergh memang terbaik la.. kitaorg g karaoke.... peh tu g mkn2 kat jusco tu... emmm seronok seronok seronok(versi upin ipin) :)..... time balik pula hujan..huhuhu.. xde la lebat sangat, apa2 pun aku takkan lupa detik gembira kami keluar bersama.. nanti kita keluar lagi ye.... nanti ajak yang lain ikut sekali.. WAJIB tau..hehehheh.. peh tu,esok pula kelas start pukul 11,perghhhh memang bahagia tul aku..heheheh ok la.. sampai disini sahaja...

                                                                     ~THE END~
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Sunday, March 4, 2012

... Sakit Mata ...

Assalamualaikum... hari ini aku nak story pasal blog ni.. sakit mata mengadap laptop ni semata-mata nak edit blog.... edit-edit,jadi ini lah hasilnya.. aku harap kepada yang mengunjung ke blog aku ni sukalah dengan hasil edit-edit aku ni.. sebenarnya,dh lama juga kan aku tak mengupdate cerita terbaru... baru semalam aku post kan.... i hope u like it... ok tu je r... wassalam.. :)
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Saturday, March 3, 2012

... Pada 1 March 2012 ...

assalamualaikum... aku nak cerita pada tarikh tersebut... tarikh tu paling aku takkan lupa,tu adalah tarikh lahir umi aku... best sangat2.... macam2 hadiah kami adik-beradik belikan untuk umi...
ambil gambar kek juga tau.... beli kat secret resepi... korang mestlah tau kan harganya berapa kan....
ni lah kek yang kami belikan untuk umi.... cantikkan.... khas dari kami adik-beradik.....
tapi guna duit kakak aku yang sulung la sebab dia dah keja ... aku masih belajar..so,xde la duit nak belikan... maaf ye umi.... apa-apa pun, umi seronok sangat sebab kami raikan hari lahirnya.. ok la..sampai disini sahaja...wassalam


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

...Kena Cucuk...

assalamualaikum,dah lama aku tidak menulis blog....aku ni busy sangat2... banyak assignment yg nk dibuat.... aku nk bercerita pada ari rabu baru2 ni... 29/2/2012,aku g klinik disebabkan sakit perut,asyik cirit-birit je.... peh tu bila dh jumpa doktor,xpasal2 kena cucuk... waaaaa memang sakit la... susah nak duduk pula tu..... peh tu,doktor bagi la surat mc... doktor kata kena gastrik lak... ha... gastrik.. biar betul... mana xnya, pagi2 org kena la sarapan sebelum g kelas tapi aku x sarapan pun.. tu yg kena marah dengan doktor tu.... ok la tu je cerita pasal ni... wassalam
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥