Copyright@Segala Yang Tercatat Dibawah Semuanya Hak Milik Nurul Husnina Mohd Ali
CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 29, 2011

Panas..

Assaalamualaikum.. hari ni cuaca panas betul la... serius berpeluh gak la hari ini... asyik kehulur ke hilir je...ari ni kelas pagi je..petang xde...dah la tadi tunggu lecturer punya la lama tapi tak pe... tak kisah pun...lagipun minggu ni ramai lecturer sibuk tau sangat dah.minggu pertama study kami.... tadi ada kelas tak ada lecturer nanti kena ganti tapi tak tau bila....sedihnya...:( ganti-ganti ni la yang susah sikit...:( tak pe la demi masa hadapan aku kan..kena la terima dugaan ni... btw hari ni aku seronok sgt2 sebab tadi dapat buku agama..opsssss.. bukannya dapat tapi kena beli la.... buku agama.. first bab dah tajuk pengenalan konsep nikah.hehehe(gatal lak aku ni..) hehehh kena baca malam ni,esok ada agama,esok pensyarah akan soal...perghhhh ni yang aku risau.. kalau tak dapat jawab habis lah...em tak pe la cuba baca malam ni..harap-harap masuk la dalam kepala ni apa jua yang aku baca nanti.. amin... k la aku cerita sampai disini je.... wassalam
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Wednesday, December 28, 2011

Tekanan....

Assalamualaikum.. Hari ini aku ada satu cerita yang tidak menyenangkan hati... So, teruskan membaca ok...Ya Allah, hari ini merupakan hari yang tekanan bagi aku bersama dengan kawan-kawan rapatku iaitu Ainol, Midah, Nini, Intan dan Izzati.. Hari ini aku ada taklimat berjumpa dengan Ketua Jabatan untuk jurusan aku iaitu Teknologi Maklumat.. Letih sangat hari ini..... Lepas sahaja habis taklimat sepatutnya ada kokurikulum tapi diaorang kata dibatalkan... lepas itu ada kelas mathematics tapi ada someone tu kata ada,so, aku dengan kawan-kawan aku ini pun pergi la poli.. Kelas ni start pukul 4-5 tapi last-last telefon member yang lain bagitau tak de lak.....memamg menyakitkan hatilah,rasa macam arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh........ Bencinya macam ni..serius tak suka... macam sengal la... Sabar je la..... Nak wat cam mana dah nasib.. tak pe Allah akan balas setiap perbuatanmu,aku takkan percaya kata-kata kau lagi.. Kau orang yang tak boleh dipercayai.. Penipu.. Bukannya sekali tapi dua kali kau buat macam ni wahai M**A..... Geng,rasanya lepas ini kita kenalah berhati-hati... by the way, thanks sebab korag memang happening hari ini...sayang kome......thanks kepada sesape yg sudi baca story hari ini....sampai sini sahaja hari ini k.. wassalam..
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Monday, December 26, 2011

DoaKu...

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,agar bertambah kekuatan ku untuk
mencintai-Mu..
Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.. Ya Allah,
Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut
pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta bernafsu..
Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati-Mu..
Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu..
Ya Allah,
Jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu..
Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu..
Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia selain dari-MU..
Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi ku hanya kepada-Mu..

*Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.. Kekalkanlah cintanya.. Tunjukkan lah jalan-jalannya.. Penuhilah hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.. Lapangkanlah dada ku dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.. Amin ya rabbal alamin..

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Aku Memohon DariMu Ya Allah...

Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ILMU-ILMU dan Aku memohon KETETAPAN dan KEPASTIAN dengan KELUASANMU...Aku memohon untuk menempatkan KURNIAANMU yang AGUNG... Ya Allah, engkaulah maha BERKUASA dan hambamu ini tidak punya kuasa.. Ya Allah, engkaulah maha MENGETAHUI segalanya sedangkan hambamu ini tidak.. Ya Allah, engkaulah maha mengetahui segala perkara GHAIB... Ya Allah, jika engkau mengetahui DIA adalah sesuatu yang BAIK untukku dalam AGAMAKU,KEHIDUPANKU dan akibat PERBUATANKU ini, atau ia BAIK untukku dalam masa TERDEKAT atau masa HADAPAN, maka TETAPKANLAH ia untukku dan PERMUDAHKANLAH ia untukku.. BERKATILAH diriku dengan DIA .... Jika ia TIDAK BAIK untukku,kau JAUHKANLAH ia dariku dan JAUHKANLAH aku darinya.... Tetapkanlah KEBAIKAN itu KEPADAKU dimana sahaja KEBAIKAN itu berada dan REDHAKANLAH hatiku DENGANNYA...AMIN YA RABBAL ALAMIN.....
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Aku Janji Dalam Lafaz Nikah




Memberi Nafkah
Sanggup dan bersedia untuk memberi nafkah kepada isterinya dari segi makan minum, pakai dan tempat berteduh.
Menjaga Dengan Baik
Sanggup dan Bersedia menjaga isterinya dengan baik, melindungi keselamatannya dan mengawal kehormatan diri, kesihatan tubuh badan serta memelihara agama, nama baik dan maruahnya.
Memimpin dengan Kasih Sayang
Sanggup dan bersedia untuk menentukan dan memimpin corak hidup berkeluarga yang mengharap petunjuk dan keredhaan Allah.
Mendidik dengan Sabar
Sanggup dan bersedia untuk mendidik isteri dengan sabar, matang dan bijaksana menyelesaikan masalah rumah tangga, termasuk jika isteri nusyuz atau dalam membuang tabiat buruk isteri jika ada.
Melepaskan dengan Baik




Sanggup dalam bersedia untuk melepaskan isteri dengan baik jika sudah tiada joodh yakni bercerai. Ia adalah sebagai jalan keluar terakhir untuk mengatasi krisis rumah tangga setelah usaha-usaha lain tidak berhasil.
Mempertaruhkan Diri Bertanggungjawab Penuh
Sanggup dan bersedia dipertanggungjawabkan atas isterinya dari dunia sehingga akhirat dalam perbicaraan di Padang Masyhar nanti. Suami mengawas dan memelihara isteri daripada jatuh ke dalam api neraka.
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Meminang dan Bertunang

Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.

Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, namun ada juga yang sampai seminggu, pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Tarikh yang sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkan perkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan.

Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai “putus cakap”. Ini bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung. Semua hantaran akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu, capal dan kuih-muih.
Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh diminta semula dari pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya. Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara pertunangan yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :
•  Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang demikian biasanya dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua anak itu berkahwin.
•  Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang telah meninggal dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak memerlukan penghantaran tanda dan biasanya diakhiri dengan ikatan perkahwinan.

Semoga apa yang dipaparkan akan menjadi pedoman buat kita, mak ayah yang nak pinang anak dara orang untuk anak atau menerima pinangan bagi pihak anak, dan buat adik2 yang masih trang tang tang tu, bolehlah guna masa nak dipinang atau nak meminang....
Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan...betul ke peribahasa ni???
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Menilik atau Merisik


Menilik atau merisik pada hakikatnya adalah adat yang memang baik dan berguna jika ia dijalankan bersesuaian dengan tujuannya, iaitu untuk memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Ini adalah untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anak lelaki mereka.

Apabila ibu bapa seorang lelaki telah menetapkan fikiran mereka yang anak mereka itu sudah sampai masanya untuk berumahtangga dan patut dikahwinkan, mereka akan mencari dan memerhatikan beberapa orang daripada anak-anak dara yang mereka kenali, dan kemudian mereka memilih salah seorang di antara mereka yang dirasakan sesuai dan padan untuk dijadikan menantu. Mereka akan mula menyelidik tentang latar belakang anak dara tersebut melalui saudara-mara dan sahabat handai. Latar belakang bukan hanya bermaksud melibatkan hal keluarga anak dara tersebut, tetapi juga tingkah laku keperibadian dan kesucian anak dara itu. Ini kerana, faktor dara atau kesucian seseorang gadis amat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu. Istilah sudah ditebuk tupai bukan sahaja akan memalukan seluruh keluarga lelaki, malah di kalangan masyarakat Melayu, pihak lelaki dianggap dayus sekiranya mereka mengahwini anak dara yang sudah tidak mempunyai dara lagi. Sekiranya pihak perempuan merahsiakan hal ini dari pengetahuan pihak lelaki, pihak lelaki berhak menceraikan isterinya jika dia menyedari yang dia telah ditipu setelah melalui malam pertama. Ini kerana, sudah menjadi adat masyarakat Melayu menetapkan nilai mas kahwin dan hantaran yang berbeza bagi seorang anak dara dan seorang janda. Nilai bagi seorang janda adalah separuh daripada nilai seorang anak dara.

Selain itu, pilihan yang tepat adalah difikirkan perlu bukan sahaja terhadap diri anak dara terbabit, tetapi juga ibu bapanya. Ini adalah kerana orang-orang Melayu dahulu berpegang kuat kepada perbidalan Melayu "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu”.Anak dara yang biasanya menjadi rebutan dan pilihan utama adalah anak dara yang sudah khatam Al-Quran, fasih dalam bacaan dan mahir membaca Al-Quran dalam lagunya serta mempunyai sedikit sebanyak tentang pengetahuan dan hukum-hukum dalam agama Islam. Begitu juga mereka akan dinilai dari segi rupa paras yang elok dan beberapa kemahiran asas yang lain seperti menjahit, menekat dan memasak.

Dalam adat menilik atau merisik, selepas anak dara yang sesuai dipilih, biasanya wakil dari pihak lelaki akan datang ke rumah anak dara tersebut. Biasanya rombongan ini akan hanya disertai oleh ahli keluarga perempuan bagi pihak lelaki. Kedatangan ini bertujuan untuk berkenal-kenalan dengan keluarga pihak perempuan di samping melihat sendiri wajah dan tubuh badan anak dara tersebut. Kedatangan ini juga bertujuan untuk memastikan sama ada anak dara tersebut sudah dimiliki orang ataupun belum. Ada sesetengah rombongan yang hanya datang untuk melihat anak dara tersebut dan bersuai kenal dengan ahli keluarganya tanpa mengikat sebarang perjanjian atau memberi kata putus, namun ada juga yang terus mengikat janji persetujuan untuk menetapkan tarikh peminangan. Ini semua bergantung kepada pihak keluarga lelaki terbabit.

Ada rombongan yang datang tanpa diberitahu dan ada juga yang datang setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak perempuan. Pada fahaman dan kepercayaan orang tua-tua, apabila kedatangan menilik atau merisik itu dilakukan dengan tiba-tiba sahaja dan secara kebetulan pada waktu itu didapati anak dara tersebut sedang mandi atau mencuci pakaian, maka ia membawa suatu petanda yang baik, iaitu menunjukkan jodoh pertemuan yang sejuk. Ini kononnya membawa maksud bahawa jika kedua-duanya jadi diikat sebagai suami isteri, kehidupan mereka akan menjadi senang-lenang dan keadaan rumahtangga mereka akan sentiasa aman muafakat. Akan tetapi, sekiranya sewaktu rombongan datang, anak dara tersebut sedang memasak, maka ia membawa alamat kurang baik kerana dengan yang demikian, kononnya, membawa petanda panas, iaitu tidak begitu baik. Begitu juga dipercayai oleh orang tua-tua Melayu dahulu bahawa jika sewaktu di dalam perjalanan rombongan hendak pergi merisik anak dara berlaku sesuatu bencana seperti terdapat kayu di tengah-tengah jalan, iaitu sesuatu yang dianggap menggendalakan, maka ia juga dikatakan membawa petanda yang kurang baik terhadap jodoh tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu moden kini, kepercayaan-kepercayaan sedemikian tidak lagi diamalkan dan dititikberatkan. Malah, tidak mustahil dikatakan sebilangan besar masyarakat Melayu kini kurang memahami alamat-alamat dan petanda yang datang kepada mereka.

Setelah selesai adat menilik, rombongan tersebut akan pulang. Satu rundingan akan diadakan di antara ahli keluarga pihak lelaki yang melibatkan adik-beradik dan waris terdekat untuk mencari kata putus tentang hal tersebut. Mereka kemudiannya akan berbincang untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk menjalankan adat meminang dan pertunangan
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

10 Surah Yang Banyak Kelebihan

1. Surah Al-Fatihah : dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2. Surah Yasin : dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3. Surah Dukhan : dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada
hari kiamat.
4. Surah Al-Waqiah : dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5. Surah Al-Mulk : dapat meringankan azab di dalam kubur.
6. Surah Al-Kauthar : dapat merelaikan segala perbalahan.
7. Surah Al-Kafirun : dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika
menghadapi kematian.
8. Surah Al-Ikhlas : dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9. Surah Al-Falaq : dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10. Surah An-Nas : dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

8 Sikap Perempuan Yang Disukai Lelaki


1. Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.

2. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

3. Menghargai

Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.

5. Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

7. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

8. Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

ツ】Ada satu kisah tentang seseorang


【ツ】 Pada satu hari yang indah, dia telah berkata, "الله اكبر".

【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ".

【ツ】 Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ".

【ツ】 Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".

【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT ♥

【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?

【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ】

p/s:sebab apa? kamu membaca ini hehe

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Perempuan yang paling mempesona adalah istri yang shalehah

 Rasulullah SAW bersabda,“Apa yang dicari seorang mukmin setelah taqwa kepada Allah tidak lebih baik dari seorang wanita yg sholeh,apabila diperintah suami ia mentaatinya,apabila dipandang sangat menyenangkannya,apabila disumpah ia melaksanakannya dengan jujur, dan apabila ditinggal pergi ia menjaga dirinya dan harta suaminya.”(HR. Ibnu Majah dari Abu Umamah ra.)

Lelaki yang berpredikat lelaki terbaik adalah suami yang memuliakan istrinya.Suami yang selalu mengukirkan senyuman di wajah istrinya.Suami yang menjadi qawwam (pemimpin, pelindung) istrinya.Suami yg begitu tangguh mencarikan nafkah halal untuk keluarga.Suami yg tak lelah berlemah lembut mengingatkan kesalahan istrinya.

Suami yang menjadi seorang nahkoda kapal keluarga,mengarungi samudera agar selamat menuju tepian hakiki "Surga".Dia memegang teguh firman Allah,"Wahai orang-orang yang beriman,peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka..."(QS. At-Tahrim: 6)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

~~ CINTA SEBELUM PERNIKAHAN.. HALAL ATAU HARAM ~~



Islam adalah agama yang tidak bertentangan dengan fitrah manusia. Perasaan kasih sayang, benci, dendam, rindu, malu, takut, sedih dan gembira itulah yang disebut kekuatan syahwat yang sememangnya dibekalkan oleh Allah SWT kepada makhluk-Nya.

tiga syarat utama mesti dimiliki oleh manusia yang inginkan kebahagiaan;
~ Pertama kekuatan ilmu, kemudian
~ kekuatan syahwat dan yang terakhir
~ kekuatan marah.

Syahwat dan marah mesti berlutut di bawah ilmu sehingga tidak terjadi pemujaan syahwat dan kebuasan binatang pada diri kita.

Sikap manusia yang beriman ketika merasai kehadiran cinta sepatutnya menyandarkan perasaan itu pada penilaian mana yang halal dan mana yang haram. Sikap menolak terus hubungan cinta antara lelaki dan wanita adalah terlalu kejam terhadap gerak naluri yang ada pada diri.

Bukankah Rasulullah SAW mencela pemuda-pemuda yang berikrar untuk tidak mahu berkahwin kerana hendak membersihkan diri? Pada akhir hadis tersebut Rasulullah SAW mengingatkan mereka: “Sesiapa yang membenci Sunnahku bukan dari golonganku.”

Islam menghalalkan perhubungan cinta yang dibatasi dengan adab-adabnya, sehinggakan Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah mengarang kitab yang membahaskan tentang cinta dan kerinduan iaitu :

Raudhah al-Muhibbiin wa Nuzhah al-Musytaqiin (Taman Orang Yang Bercinta dan Dataran Orang Yang Berkasih). Ia mengupas secara tuntas apa yang dihalalkan dan diharamkan bagi mereka yang bercinta.

Ada beberapa panduan menikmati cinta dengan cara halal bagi mereka yang berkasih sebelum memasuki bahtera pernikahan.

( 1 )... Menjaga Pandangan.

Pandangan yang tidak disengajakan boleh membawa isyarat syahwat yang halus dan tersembunyi.

Mata merupakan organ seks yang paling awal berfungsi. Kerana dari pandangan akan berputik syahwat menurut kadar rangsangan kenikmatannya yang tersendiri.

Benarlah firman Allah SWT yang memberi panduan bagi lelaki dan wanita yang terpaksa berkomunikasi dalam urusan yang tidak dapat dielakkan.

“Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (Surah al-Nur: Ayat 30-31)

( 2 )... Jangan Berdua-duaan

Pintu masuk syaitan hendaklah ditutup rapat sebelum mata sama memandang, hati berpautan, gerak tubuh meminta perhatian, tangan berpegangan, suasana yang sunyi akhirnya menghantar angin nafsu syahwat yang mematikan iman.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; “Mata itu berzina, zinanya adalah memandang, lidah itu berzina, zinanya adalah perkataan, kaki itu berzina, zinanya adalah langkahnya, tangan itu berzina, zinanya adalah memegang, hati berkehendak dan berkhayal sedangkan kemaluan membenarkan atau mendustakannya.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Nasaie dan Abu Daud)

( 3 )...Cinta Kerana Allah

Jika ditakdirkan kita bertemu dengan kekasih hati sebelum gerbang perkahwinan dimasuki, alangkah bertuahnya jika fasa berkenalan disulam dengan benang-benang iman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Sabda Rasulullah SAW:

“Tiga perkara jika ada pada seseorang ia akan merasakan manisnya iman, iaitu orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai dari selainnya, ia tidak mencintai seseorang melainkan kerana Allah dan ia enggan kembali kepada kekufuran sepertimana ia benci dilemparkan ke neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Turmizi, al-Nasaie)

Kekuatan cinta sejati ada pada akhlak suci yang disemai bersama iman yang membara di hati.
Namun begitu obat yang paling mujarab bagi yang sakit kerana bercinta adalah pernikahan yang menghalalkan segala bentuk hubungan syahwat. Jika tidak mampu maka berpuasalah.

“Cinta ialah iradah Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. Kalau ia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau ia datang pada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, ia akan membawa kerosakan. Tetapi jika ia hinggap di hati yang suci, ia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi.”

Semoga bermanfaat.... Salam Santun senyum Manis

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

BAGAIKAN BIDADARI

Bagai sebuah cerita aku dan dia
Bermula hanya matanya yang mempersona
Dia membuatkan hari-hariku
Bagai sempurna tiada celanya
Malam ku gelisah siang ku bertanya
Jika kau tak bersama

Hadirmu bagaikan bidadari
Melengkapkan langkahku yang terhenti
Kaulah permaisuri gelap dunia tanpamu
Umpama nafasku kan berhenti
Jika kau hilang dalam hidup ini
Percayalah kasih cintaku padamu
Tak pernah hilang
Tak akan pergi


Kita kan terus bersama
Bukan untuk seketika tapi untuk selama-lama
Jangkauan kasih kita hingga ke akhirnya
Hidup kita bagai di syurga


Tak pernah hilang
Tak akan pergi
Tetap di hatiku
Kekal di hatiku
Hanya kamu
Tetap di hatiku
Tetap di hatiku
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

HARI INI

Assalamualaikum...hari ni adalah hari p'tama aku buat blog..
rasa mcm xpercaya je akhirnya aku buat blog...
buat blog ni pun cuma suka2 je....
apa2 pun harap ada yg sudi nk follow blog ni...
thanks ye....
wassalam :D
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥