Assalamulaikum.. Alhamdulillah.. Hari ini aku masih berpeluang untuk meluahkan isi hati di blog diari aku ni... Ketika dizaman sekolah tadika dulu, aku masih lagi ingat wajah dan nama kawan-kawan masa tadika.. Tapi entah kemana mereka semua berpindah... Tapi bila masuk sekolah rendah, tidak disangka-sangka berjumpa semula dengan kawan masa tadika...
Bila dah masuk sekolah menengah, berjumpa lagi dengan kawan masa disekolah rendah... Semakin lama, semakin rapat.. Kawan yang rapat dengan aku masa sekolah menengah iaitu amaleena, ika, miera dan fariza.. Kemana sahaja kami mesti pergi bersama-sama.. Bila dekat sekolah, masa rehat kami lepak kat kantin.. Lepas tu, asyik pergi tandas je bersama-sama.... Dalam kelas pula, sama-sama makan senyap-senyap tanpa pengetahuan cikgu... nakal sangatkan.. Tapi bukan kami je yang pernah buat macam tu, mesti awak semua pernah buat macam tu jugakan... hehehe... Ada juga dalam kelas kami tidur, sembang, bising dalam kelas.. hehehe... Bila dah tiba masa balik, kami lepak dulu kat kantin , peh tu baru kami balik rumah.. Kami minum , makan dan gelak ketawa kuat-kuat kat kantin .. (mesti korang fikir yang kami tak sopan kan?? ) Tapi nak buat macam mana, dah spontan...
Bila dah habis sekolah, semua buat haluan masaing-masing... Ada yang kerja, sambung belajar kat politeknik, kat ITP ipoh.. Tapi sejak itu, semuanya berubah.. Aku rasa , aku ni betul-betul dipinggirkan... Kalau diaorang pergi mana-mana, mereka langsung tak ajak aku... Sedih betul aku.. Betulla orang cakap, bila dah semua habis sekolah, masing-masing akan buat haluan sendiri... Aku ni bukan kawan diaorang lagi ke???? hmmmmmmmmm..... Sakit hati ni... Geram pun ada, menyampah pun ada,... Bila diaorang keluar , langsung tak ajak aku.. Mesej aku pun tak... Mesti diaorang akan fikir yang aku ni tengah sibuk tapi sebelum buat andaian, tak boleh ke mesej aku terlebih dahulu... Tak sangka korang macam ni kan.... Ok Fine, baru aku tau apa tu kawan... Aku ni betul-betul dah dipinggirkan kawan baik semasa disekolah menengah... Kami siap gelarkan kumpulan kami , nama FOURNA sebab kami ada empat orang rakan dan NA tu hujung nama aku... huhuhu... betul-betul menyedihkan... Tak Pela kalau korang dah lupakan aku...
#Bila Berkawan,janganlah terlalu rapat kerana ia akan menyakitkan...
#Nak cari kawan masa susah dan senang, mesti tak akan jumpa kerana mungkin kawan sebegitu kita tidak akan temui kecuali hanya keluarga yang akan menjadi kawan kita dunia akhirat sebab masa susah dan senang hanya keluarga sahaja akan membantu sebab itu aku bersyukur mempunyai keluarga yang sangat penyayang dan setia disisi..
#Terima kasih Ya Allah, kerana KAU berikan aku keluarga yang sangat mulia disisi ku... Aku bersyukur sangat-sangat.. Alhamdulillah.. Keluarga aku inilah sahabat sejati dunia akhirat kekal abadi.. alhamdulillah...
Wassalam...
~UKHWAH FILLAH ~
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥