Copyright@Segala Yang Tercatat Dibawah Semuanya Hak Milik Nurul Husnina Mohd Ali
CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 9, 2015

~ Kesian Budak Laki Tu ~

Assalamualaikum semua.. Dah lama saya tak update blog saya... Akhirnya saya kembali menaip :) Sebenarnya saya nak share satu kisah yang mungkin juga akan memberi satu pengajaran kepada kita semua...

Apa yang saya nak ceritakan ini, saya harap pembaca memahami apa yang saya nak sampaikan... :)

Saya bersama keluarga makan di Food Court Giant tadi... Lepas itu,saya nampak seorang wanita bersama dengan anak lelakinya.. Wanita tu mungkin berumur dalam 30an dan anaknya dalam 3-4 tahun...

Anak lelakinya menangis sebab nak bermain permainan papan gelongsor dalam giant tu,tapi wanita tu tak nak pergi sana sebab tengah makan.. Anak dia menangis sambil tunjuk dekat tempat permainan tu...

Wanita tu nak suapkan anaknya makan tapi anaknya kata tak nak... Maknya tetap suakan makanan kat anaknya... Mungkin sebab tak tahan dengan anaknya, wanita ini bertindak menampar dan cubit anaknya didepan khalayak ramai...

Wanita tu teruskan makan dan anaknya masih keadaan yang menangis tersedu-sedu... Kesian sangat saya tengok budak laki tu.. Wanita tu pun keluarkan anak dia dari troli dan ribakan anak dia.. Suapkan anak dia makan lagi tapi anak dia tak nak juga dan terdengar budak laki tu panggil ayah dia..

Lepas tu, wanita tu campak anak dia dalam troli dan saya nampak lagi sekali yang mak dia keluarkan anaknya dari troli dan campak anaknya ke kerusi.. Masa saya tengok tu, Ya Allah, sakitnya hati saya.. Perit sangat rasanya.. Kalau stress pun,janganlah melakukan perbuatan macam tu.. Lagipun berada ditempat awam... Ramai yang menyaksikan..

Tapi ada orang yang mak saya kenali, namanya mak cik Nur.. Dia pergi ke budak laki tu sebab mak dia lepaskan anak dia berdiri seorang2.. Mak cik Nur tu belai-belai dan usap kepala budak laki tu... Selamat mak cik tu ada.. Saya nak pergi kat budak tu,tapi dihalang oleh kakak saya.. Dia tak bg saya masuk campur...

Sebenarnya saya tak sampai hati tengok keadaan budak laki tu mcm tu... Saya nak tenangkan dia saja...

P/S: Kepada seorang wanita yang bergelar ibu,didiklah anak sebaik mungkin.. Anak ini adalah anugerah Allah,janganlah sakitinya walaupun kita dalam keadaan yang dalam tekanan.. Bersabarlah wahai ibu.. Allah pasti akan membantu...

Hadapilah dugaan dengan kesabaran.. Bersyukurlah dengan anugerah yang Allah beri... Anak ni adalah kebahagiaan kita dan keluarga.. In shaa Allah,perhubungan suami isteri lebih erat dengan kehadiran seorang anak...

Ada pasangan yg berkahwin bertahun-tahun sukar dapat anak,yang kita dah punya anak tu,tolonglah jangan melakukan perbuatan yang melakukan diri sendiri didepan khalayak ramai... Jangan dia melakukan perkara yang sama,apabila dia sudah besar kelak.. Sayangi dan hargailah.. Dia adalah rezeki dari Allah...

Maaf andai ada antara pembaca yang tidak suka dengan coretan saya.. Saya hanyalah ingin berkongsi kisah benar yang saya nampak sendiri... Semoga perkara ini boleh dijadikan pengajaran dan tauladan.. Wallahu'alam.. :)




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Sunday, April 27, 2014

... RAUDHAH DIHATIKU TV9 ...

Assalamualaikum.. Alhamdulillah ... Hari ini saya bersama keluarga pergi ke Raudhah Dihatiku Tv9 di Stadium Indera Mulia, Ipoh... Macam yang dijual disana...
Lama jugalah disana sambil tunggu Umi saya pergi pengambaran Tanyalah Ustazah diTV9, bersama dengan Ustazah Asni Abu Mansor... Tak ramai pun selebriti yang aku... Yang sempat aku ambil gambar pun cuma yang ni je... :)

   Ustazah Asni



 Ustaz Safwan dan Ustaz Mohamad Azamudin Zainal

Aedy Ashraf


Luqman Hakim (Pengaracara Nasi Lemak Kopi O Tv9)

Inilah selebriti yang aku jumpa... semua yang dekat2 dengan aku... tgk depan2 memang cantik dan handsome... hehehe...

Wassalam....

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Saturday, March 29, 2014

... IM529 ...


Assalamualaikum.. Bertemu kita lagi hari ini... Kali ini nak menceritakan satu berita yang sangat menyedihkan kepada semua umat islam...





 Kenalkah siapa mereka?? Mereka ini sebahagian dari IKHWANUL MUSLIMIN..

Yahudi mengambil kesempatan untuk menghapuskan gerakan Islam IKHWANUL MUSLIMIN di Mesir, iaitu gerakan Islam terbesar dan paling berpengaruh pada zaman moden ini...

Mahkamah di Mesir telah menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 penyokong Mohamed Morsi, iaitu bekas Presiden Mesir.. Manakala, lagi 2000 orang ahli IKHWANUL MUSLIMIN yang lain sedang menunggu tarikh perbicaraan..

IKHWANUL MUSLIMIN cuba dihapuskan di Mesir - 529 penyokong Morsi dihukum mati...

Mahkamah di Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islam Mohammed Morsi..
# YA ALLAH, Lindungilah mereka Ya Allah... Aku harap mereka semua selamat dari dijatuhkan hukuman gantung .. Mereka insan yang tak bersalah Ya Allah, jikalau mereka telah dijatuhkan hukuman gantung, kau tempatkanlah mereka disyurga tertinggimu Ya Allah...  Amin Ya Rabbal Alamin...

 
 

                             


























♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

... Masih Berdoa ...

Assalamualaikum... Sekarang ni semua negara masih lagi dalam misi mencari pesawat malaysia MH370... dimanakah pesawat ni berada sekarang... macam-macam berita yang kita dengari tapi yang mana satu yang betul mengenainya... semua rakyat masih menunggu berita terkini mengenai pesawat ni.. tapi masih lagi belum dijumpai... sampai bila kita mampu untuk bertahan menantikan kepulangannya...

Baru-baru ni saya ada pergi jaya jusco,cadangnya nak jalan-jalan je tapi saya ternampak banyak betul ucapan dan doa untuk MH370...

Inilah gambar yang aku ambil.. Ni doa  dan ucapan dari pelbagai bangsa di malaysia ni...
Marilah kita sama-sama berdoa kepulangan MH370...Kami semua masih menanti kepulanganmu MH370...Semoga anda selamat sampai dibumi malaysia ni...
Ini yang aku tulis.. ni satu-satunya warna pink, mesti tak cayakan... 


#Tapi sekrang masih belum lagi temui.. Tapi telah diberitahu yang mereka menemui objek yang berada di lautan hindi... apa-apa pun , harap mereka semua selamat...
Semoga Allah melindungi mereka , dimana sahaja mereka berada..
#BERDOA UNTUK MH370...

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Thursday, March 13, 2014

... #PrayForMH370 ...

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. Berjumpa kita lagi hari ni... Setelah beberapa hari sibuk dengan assignment dan hari ini berpeluang untuk edit cerita baru...
Sekarang ni, seluruh negara dah tahu mengenai Pesawat MAS MH370. Sebenarnya Pesawat MAS MH370 telah hilang dari radar semasa dalam perjalanan dari Malaysia ke Beijing, China.  Kejadian ini terjadi pada 8/3/2014 hari ahad, pukul 12.41 am..  Sekarang ni masih dalam misi mencari pesawat tersebut.. Beberapa buah negara membantu untuk mencari kehilangan pesawat MH370 ini.. Hari ini merupakan hari yang ke-6, tetapi masih lagi tiada petunjuk kehilangan pesawat tersebut..

Berikut adalah bilangan penumpang mengikut negara:

China/Taiwan - 154 termasuk bayi
Malaysia - 38
India - 5
Indonesia - 7
Australia - 6
Perancis - 4
Amerika Syarikat - 3 termasuk bayi New Zealand - 2
Ukraine - 2
Kanada - 2
Russia - 1
Itali - 1
Belanda - 1
Austria - 1


Ramai yang mengatakan ada cerita disebalik kejadian dan ramai kaitkan dengan ayat AL-QURAN.. Mungkin apa yang berlaku ini telah ditulis dalam Surah Yassin ayat 41-43. Wallahualam... 

 

Marilah kita berdoa bersama-sama agar Pesawat MAS MH370 ini dijumpai secepat yang mungkin.. Kasihanilah keluarga mangsa yang sedih dengan kehilangan
ahli keluarga mereka... Semoga penumpang dalam pesawat tersebut selamat..
Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita atas kehilangan MH370.. 


"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.. Tiada Tuhan selainMu, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya.. Dia yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolonganNya, kau peliharalah keselamatan dan kesejahteraan semua penumpang, juruterbang dan anak kapal yang terlibat.. Kau lindungilah mereka dari sebarang keburukan, bencana dan marabahaya.. Kau jauhkanlah mereka dari segala ancaman malapetaka yang zahir atau yang tersembunyi.. Amin ya rabbal alamin.."

                       #PrayForMH370 



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Saturday, March 1, 2014

... Kawan ...

Assalamulaikum.. Alhamdulillah.. Hari ini aku masih berpeluang untuk meluahkan isi hati di blog diari aku ni... Ketika dizaman sekolah tadika dulu, aku masih lagi ingat wajah dan nama kawan-kawan masa tadika.. Tapi entah kemana mereka semua berpindah... Tapi bila masuk sekolah rendah, tidak disangka-sangka berjumpa semula dengan kawan masa tadika...

Bila dah masuk sekolah menengah, berjumpa lagi dengan kawan masa disekolah rendah... Semakin lama, semakin rapat.. Kawan yang rapat dengan aku masa sekolah menengah iaitu amaleena, ika, miera dan fariza.. Kemana sahaja kami mesti pergi bersama-sama.. Bila dekat sekolah, masa rehat kami lepak kat kantin.. Lepas tu, asyik pergi tandas je bersama-sama.... Dalam kelas pula, sama-sama makan senyap-senyap tanpa pengetahuan cikgu... nakal sangatkan.. Tapi bukan kami je yang pernah buat macam tu, mesti awak semua pernah buat macam tu jugakan... hehehe... Ada juga dalam kelas kami tidur, sembang, bising dalam kelas.. hehehe... Bila dah tiba masa balik, kami lepak dulu kat kantin , peh tu baru kami balik rumah.. Kami minum , makan dan gelak ketawa kuat-kuat kat kantin .. (mesti korang fikir yang kami tak sopan kan?? ) Tapi nak buat macam mana, dah spontan...

Bila dah habis sekolah, semua buat haluan masaing-masing... Ada yang kerja, sambung belajar kat politeknik, kat ITP ipoh.. Tapi sejak itu, semuanya berubah.. Aku rasa , aku ni betul-betul dipinggirkan... Kalau diaorang pergi mana-mana, mereka langsung tak ajak aku... Sedih betul aku.. Betulla orang cakap, bila dah semua habis sekolah, masing-masing akan buat haluan sendiri... Aku ni bukan kawan diaorang lagi ke???? hmmmmmmmmm.....  Sakit hati ni... Geram pun ada, menyampah pun ada,... Bila diaorang keluar , langsung tak ajak aku.. Mesej aku pun tak... Mesti diaorang akan fikir yang aku ni tengah sibuk tapi sebelum buat andaian, tak boleh ke mesej aku terlebih dahulu... Tak sangka korang macam ni kan.... Ok Fine, baru aku tau apa tu kawan... Aku ni betul-betul dah dipinggirkan kawan baik semasa disekolah menengah... Kami siap gelarkan kumpulan kami , nama FOURNA sebab kami ada empat orang rakan dan NA tu hujung nama aku... huhuhu... betul-betul menyedihkan... Tak Pela kalau korang dah lupakan aku...

#Bila Berkawan,janganlah terlalu rapat kerana ia akan menyakitkan...
#Nak cari kawan masa susah dan senang, mesti tak akan jumpa kerana mungkin kawan sebegitu kita tidak akan temui kecuali hanya keluarga yang akan menjadi kawan kita dunia akhirat sebab masa susah dan senang hanya keluarga sahaja akan membantu sebab itu aku bersyukur mempunyai keluarga yang sangat penyayang dan setia disisi..
#Terima kasih Ya Allah, kerana KAU berikan aku keluarga yang sangat mulia disisi ku... Aku bersyukur sangat-sangat.. Alhamdulillah.. Keluarga aku inilah sahabat sejati dunia akhirat kekal abadi.. alhamdulillah...

Wassalam...

                                  ~UKHWAH FILLAH ~


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Thursday, February 27, 2014

.. Derma Darah ...

Assalamualaikum... Hari ini dekat Politeknik aku ada Derma Darah ..  Aku derma darah untuk kali yang ketiga.. Aku sangat teruja sebab dah lama tak derma darah..
Yang tolong aku pun Nurse yang bekerja di Hospital Fatimah , Ipoh. Lepas tu, ada seorang lelaki ini, dia pun tolong masa derma darah tu, handsome dan comel sangat.. Kawan akulah yang untung sebab lelaki tu tolong dia.. Sebab semua nurse tengah sibuk.. Jealous juga ni..

Aku okey je masa derma darah, tak rasa pening pun sebab dah biasa derma darah, lagipun ini bukan kali pertama tapi yang ketiga.. Tapi bila dah selesai proses derma darah tu, aku pun rehat jap sebelum pergi ke kelas.. Tapi masa dah get ready nak ke kelas, bila aku tengah betulkan lengan baju, aku rasa basah dan sejuk.. Tapi bila aku tengok lengan baju,banyak darah.. Bila tengok balik tempat cucuk tu, penuh dengan darah , banyak kuar daraah.. Pergi kat nurse, dan nurse pun letak kain supaya darah tak kuar, nurse tu lap lengan aku yang penuh dengan darah.. Baik sangat nurse tu.. Lepas tu, abang tu pun tanya aku "okay ke ni", aku pun jawablah "saya ok" .. Nurse tu letak plaster baru... Bila dah selesai semua, terus aku kuar untuk ke kelas.. Masa dalam kelas, puan macam nak marah je bila kami masuk lambat.. Kami pun bagitahulah sebabnya.. Lepas tu, aku tunjuklah baju aku yeng penuh dengan darah.. Tak sangka pensyarah aku takut derma darah.. hehehe...

Apa-apa pun , semuanya ok.. :)

#Sekian, tu saja dari saya.. Terima kasih membaca entry saya.. Kamsahamnida.. :)

Waasalam... :)
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥