Assalamualaikum.. Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana saya masih bernafas hingga ke hari ni.. Ahad 23 February 2014 baru-baru ni, selamat sudah majlis pertunangan kakak ketiga aku,semuanya berjalan dengan lancarnya.. Cuma ada sedikit masalah saja iaitu pihak lelaki datang lewat , tidak seperti yang dijanjikan .. Tetapi bagus juga sebab mereka datang lambat sebab makanan masih tak siap masak lagi.. Sebabnya ayah aku masak sorang-sorang, kami ada juga membantu.. Bantu kupas-kupas bawang, hiris2 dan buat apa yang patut, cuma yang masak adalah ayah aku...Yang tak bestnya, saudara ada yang datang awal tapi langsung tak membantu ayah aku memasak.. Itu yang membuatkan aku bengang sangat-sangat...
Sebenarnya, masa tu banyak kerja yang boleh dibuat tapi mereka duduk-duduk je, bukannya nak tolong kami yang tengah banyak kerja, kehulur kehilir untuk nak buat persiapan.. Mak cik aku ni kiranya kakak mak aku.. Aku betul-betul tak puas hati... Langsung tak tolong buat kerja, bersembang pula masa kami tengah sibuk buat kerja.. Yang bantu kami pun, jiran sebelah rumah dan mak ngah aku.. Yang mak cik aku ni bising-bising sebab pihak lelaki dah janji nak datang pukul 11 tapi ada sikit kelewatan tapi seperti yang aku cakap la tadi, baguslah diaorang datang lambat sebab banyak lagi yang tak siap.. Mak cik aku tanya , "mana diaorang ni tak sampai-sampai lagi?" , yang ni pun kakak kedua aku yang tanyakan kepada kakak ketiga aku ni... kakak aku ketiga ni pun jawablah , " SABARLAH, MEREKA ON THE WAY", tapi kakak aku ni cakap dengan nada marahlah.. Kakak kedua aku pun, ulang balik dengan nada yang sama pada mak cik aku.. Memamg terbaiklah sebab kakak-kakak aku pun menyampah sangat dengan keluarga mak cik aku ni....
Lepas itu, mak cik aku cakap yang dia nak balik.. Dalam hati aku berkata "kalau nak balik, balik je lah.. "..hehehe.. jahatkan aku.. huhuhu.. Aku jadi macam ni pun sebab mereka tak tolong langsung... menyakitkan hati je.. Lepas itu, tepat pukul 12 , dah mula bacaan doa dari ayah aku, dan beberapa minit lepas selesai bacaan doa, maka tibalah pihak lelaki dengan rombongannya... Selepas selesai majlis itu, mulalah sesi sarungkan cincin dan bergambar.. Tapi yang paling memalukan, perghh bilik bersepah siot.. hahaha... Sarungkan cincin sepatutnya kat ruang tamu, tapi ayah suruh dalam bilik je..
Lepas itu, ada sepupu aku tu, punyalah slumber.. Keluarga pihak lelaki masih ada dalam rumah, yang sedara aku ni pula dengan slumbernya pergi ambil makanan bawa masuk rumah.. Yang rombongan lelaki tu tak makan lagi, sedara aku yang makan dulu...Betul-betul memalukan.. Sebenarnya yang mak cik aku tu dengan anak, menantu dan cucu dia yang dah besar panjang tu bukannya nak tolong, duduk kat ruang tamu je.. Anak dia yang lelaki tu, duduk kat ruang tamu je, langsung tak tolong ayah aku yang tengah masak sebelum start majlis.. Makan punyalah laju tapi buat kerja tak nak !!!... Anak dia yang laki tu ada usik kami punya aroma terapi " LAMPE BERGE".. Yang ini kakak kedua aku yang bawa bali untuk mak aku tapi sedara aku yang taj tahu malu ni bertanya pada kakak aku macam mana nak guna, nampak sangat yang dia nak benda tu... Ambil dua pula tu, nak tak nak terpaksa juga kakak aku bagi diaorang.... Dahlah langsung tak buat kerja, duduk kat ruang tamu tu je...
Setelah selesai semuanya, kami pun buka segala hantaran yang pihak lelaki tu bagi.. perghhh memang terbaiklah.. Sedap pula tu.. Tapi ada juga yang aku tak dapat nak merasa,.. Yang paling menyedihkan, mak aku pun tak merasa apa-apa... Tapi kenapa sedara aku pula yang over nak makan semua hantaran yang pihak lelaki tu bagi... ishhh... menyampah.. Kata nak balik sangat, tapi kenapa masih ada kat rumah hingga kami buka hantaran yang pihak lelaki tu bagi... Mereka yang banyak makan..
Betul-betul tak suka dengan kakak mak aku tu.. ishhh... Next time kalau majlis tunang, nikah atau apa jua majlis yang kecil-kecilan tu, tak payah jemput sedara-mara, ajak jiran-jiran yang terdekat je.. Masa kahwin tu, baru jemput sedara, nak datang ke tak nak datang ke , tu kau punya pasal.. Ada aku kisah.. Masa kenduri rumah korang, mak ayah aku yang bertungkus lumus buat kerja tau.. tapi korang datang pun , tapi langsung tak membantu... huh!!!
Lepas tu, kelam kabut semua balik... Mesti sebab tak nak mengemas rumah.. Bengang betul aku... Adoyai.. kalau diingatkan balik, betul-betul sakit hati..
Hari pun dah lewat malam.. Tapi sebelum nak tidur, aku nak ucapkan SELAMAT BERTUNANG kepada yang dah bertunang.. Harap hubungan dengan pasangan hingga keakhir hayat.. InsyaALLAH .. aminn.. :) Special for my elder sister.. Congratulations..
*Setiap Manusia Berperangai yang brbeza, kadang-kadang ia menyenangkan dan kadang-kadang ia menyusahkan..
*Allah tu ada untuk membantu, apa-apa pun, semuanya berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah...
Sampai disini sahaja coretan hari ni.. InsyaAllah , kita pasti akan berjumpa di hari lain... SElamat Malam.. Assalamulaikum..
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥