Assalamualaikum..Saya Nurul Husnina..21 tahun dr ipoh.. Sekarang belajar di PUO,jurusan Diploma Teknologi Maklumat(Pengaturcaraan).. Saya ni biasa-biasa je..tak lawa pun..so,thanks kepada anda yang sudi follow blog saya ni ek..:D
~Ukhwah Fillah~
Assalamualaikum... hari ini aku nak menceritakan mengenai bulan yang penuh dengan barakah iaitu bulan ramadhan... alhamdulillah, di bulan ini aku masih diberi peluang untuk menjalani ibadah ni... syukur ke hadrat illahi kerana aku masih berada disisi keluarga yang tercinta...rugilah sesiapa yang meninggalkan rukun islam ni.. indah sekali salah satu rukun islam ini... marilah sama-sama berpuasa...
setelah seharian berpuasa, pergila lak solat terawih... seronok sangat-sangat..... bila berbuka je, ni lah yang aku suka sangat-sangat... excited nak pergi terawih...solat terawih 8 rakaat, witir 3 rakaat and then dengar ceramah lak.. best sangat-sangat.. apa-apa pun, aku berterima kasih kepada Allah kerana beri kesempatan ini untuk menunaikan ibadah ni disisi keluarga yang amat kucintai.. aku takkan lupakan detik dan saat-saat yang bahagia ni... insyaALLAH, akan ku sematkannya dihati ni untuk selamanya....
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini
ada sedikit info penting yang perlu diketahui oleh semua, walaupun
kisah ini berlaku dah lama tapi mesej yang diberikan sangat penting
kepada kita semua.
Sepasang suami isteri kehilangan anak
mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah mereka. Mangsa
baru sahaja berkelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison dua
minggu sebelum pulang ke rumah untuk sementara waktu.
Beliau telah makan tengah hari bersama
bapanya di rumah dan membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan
bilik asrama. Ketika itu, bapanya memberitahu beliau tunggu seketika,
untuk bertemu dengan ibunya. Beliau memutuskan untuk tidur sebentar
sementara menunggu ibunya pulang dari kerja.
Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah.
Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun
meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil
masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan
akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh
komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan
tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi
semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon
monoksida.
Jangan gunakan komputer riba di atas katil yang terdapat juga selimut dan bantal.
Assalamualaikum.. hari ini aku akan ceritakan perkara yang malang terjadi pada aku.. hari ni merupakan hari pertama kembali ke Politeknik untuk Taklimat Pendaftaran..... on the way nak pergi tu, tak sangka pula yang tayar motor bocor.. adoyai.. malang betul... tapi nak buat macam mana kan.. kelam kabut juga la jadinya... sampai poli pun lambat... tepat pukul 3 petang sampai dekat depan Dewan Warisan.. bukannya ada orang nak tolong... tengok je adalah.. selamat Hero aku datang, mestilah MY FATHER... thanks ABAH.. klu tak bantuan ABAH, confirm jadi orang bodoh kat situ.... kau la RAJA dalam HATIKU.. thanks ABAH,.. dengan bantuan ABAH, akhirnya sampai ke poli dengan selamat... alhamdulillah....
thanks kepada kawan-kawan yang sudi membaca blog aku ni...
wassalam :)
ni la videonya.. jom saksikan bersama....
p/s: time kita susah, kita senang hanya family yang akan disisi kita.. mereka yang akan sentiasa tolong kita... kawan2???? emmm x.. susah nak cari kawan macam mak ayah kita... mak ayah kita kawan kita, sahabat kita.. dan mereka juga lah yang memahami kehendak kita... so, hargai ibu bapa anda.. jgn sesekali derhakai mereka.... them always in my heart... just them and ALLAH...