Copyright@Segala Yang Tercatat Dibawah Semuanya Hak Milik Nurul Husnina Mohd Ali
CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 25, 2012

... Beraya Dengan Kawan ...

assalamualaikum.... semalam kan, aku keluar beraya dengan kawan-kawan aku pergi raya dekat rumah kawan aku dekat jelapang.... dia pindah kesana lepas spm... huhuhuhu...
and semalam aku, ika(afiqah izzaty),ina(amaleena), izzati(adik mira) and with mira...
semalam lepas beraya rumah mira, terus gerak ke mydin manjoi... best gila.... kami round2 dalam mydin tu... sempat juga la bergambar depan tandas mydin.. hahahahaha
aku ada beli sosej, makan dengan kawan2 kat luar mydin tu.. ada ke patut ada budak laki ni tgk aku makan sosej gelak2, ni mesti kes fikir bukan-bukan ni, tak senonoh betul... otak blue.... apa-apa pun semalam memamg happening.. terbaik raya!!!! then , semalam aku ada buat video, tapi video biasa2 je.... jom tgk..

ni lah videonya,... maaf la, video ni xmenarik sangat, just suka-suka untuk kenangan bersama kawan lama....

p/s: sorry la kalau korang tak suka... ni pun untuk kenangan aku dengan kawan time sekolah.... love them so much...
# fourna forever until jannah.... sayang kome....
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Thursday, August 23, 2012

... Selamat Hari Raya AidilFitri ...

Assalamualaikum... alhamdulillah,... selesai je sebulan kita berpuasa, tiba sudahnya hari raya yang mulia... syukur atas kemenangan yang kita perolehi.. pelbagai kita lalui didalam bulan ramadhan, itulah dugaan yang kita dapat.. dan kita juga pergi solat terawih berjemaah... alhamdulillah... nak dekat seminggu berhari raya , hari ini aku baru sempat update blog.. duduk rumah je, tak beraya kat mana-mana pun.. korang lak macam mana??? mesti balik kampung rumah saudara kan??? mesti banyak dapat duit raya kan??? aku tak dapat pun la.. sedihnya... umur dah 19 , mana dapat duit raya dah kan..

sebelum mengakhiri, aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin.. maaf andai aku berkasar bahasa, terngata ke, terpukul ke, apa-apa pun kesalahan aku, maafkan aku tau.... selamat berhari raya..

p/s: berhati-hati dijalan raya, biar lambat asalkan selamat... ingatlah orang yang tersayang...
# yang banyak duit tu, hulurkan la kat aku ni. aku pun nak juga banyak duit raya macam korang.. hehehe

WASSALAM.......
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥

Saturday, August 11, 2012

... Malam Lailatul Qadar ...

Assalamualaikum.... alhamdulillah... sekarang ni dah masuk puasa yang ke-22.. malam ke-10 yang terakhir.. malam penghulu sekalian alam iaitu malamnya lailatul qadar... pada hari bila, tak tahulah tapi yang penting kita dapat malam tersebut dan jangan sia-siakan minggu akhir ini...

jagalah ibadahmu, amalanmu, adabmu di bulan yang mulia ini... bulan yang penuh dengan keberkatan... setiap apa yang kita lakukan dibulan ini, tapi amalan kebaikan insyaAllah, ada balasan dari ALLAH.. tetapi sesapa yang ingkar dengan rukun islam ini, masyaallah, dialah orang yang rugi... jadi, abadikanlah malam terakhir ni sebaik mungkin... janganlah melakukan perkara yang mungkar...
sentiasalah ingat kepada ALLAH S.W.T, janganlah kau lalai mengejar duniawi, duniawi ini hanya sementara sahaja tapi yang kekal abadi hanya diatas langit itu...

jikalau suatu hari nanti nyawa kita diambil ALLAH S.W.T, adakah kamu semua berfikir, bagaimanakah amalan aku didunia ni.?? apakah aku tidak diseksa diakhirat?? dimanakah akan aku ditempatkan??? adakah anda berfikir semua tu??? jadi ingatlah ALLAH sentiasa.... jangan mengecewakan ALLAH.... ALLAH sentiasa melihat apa yang kita buat...

hanya ini sahaja yang aku cerita pada kamu semua.... wassalam

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~THE END~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

UKHUWAH FILLAH
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nina! ♥